POLITIK

Kenyataan Kemungkinan MIC Sertai PN, Ahmad Zahid Akan Bincang Bersama Vigneswaran

19/09/2025 06:22 PM

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau akan mendapatkan penjelasan segera daripada Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran berhubung kemungkinan parti itu menyertai Perikatan Nasional (PN). 

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata perbincangan dengan Vigneswaran akan diadakan dalam masa terdekat.

“Saya akan tanya dengan beliau (Tan Sri S A Vigneswaran) sendiri nanti,” katanya ringkas ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Ensiklopedia Terbitan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) serta Penyerahan Watikah Pelantikan Penterjemah dan Pentashih di DBP di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Vigneswaran menyatakan keterbukaan MIC untuk bekerjasama atau menyertai PN, namun menjelaskan ia masih di peringkat awal dan belum dimuktamadkan.

Beliau turut dipetik sebagai berkata hubungan MIC dengan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak sekeras permusuhan lama antara UMNO dan DAP.

“MIC pernah bekerjasama dengan kepimpinan Pas dan Bersatu sebelum ini tanpa sebarang masalah,” katanya.

Pada 12 Sept lepas, Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa beberapa parti menyatakan minat untuk menyertai PN, namun enggan menamakan pihak berkenaan ketika ditanya sama ada ia termasuk komponen BN.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan