JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Tahan Seorang Lelaki, Rampas Pistol Dan Peluru Di Kota Bharu

09/09/2025 11:47 AM

KOTA BHARU, 9 Sept (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas sepucuk pistol bersama 36 butir peluru dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Kampung Sireh, Kampung Paloh, Pintu Geng, di sini awal pagi Sabtu lepas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata serbuan kira-kira 5 pagi itu dilakukan oleh pasukan Cawangan Siasatan Khas (D9) dan Cawangan (D4) Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Beliau berkata suspek berusia 50 tahun itu mempunyai tiga rekod jenayah dan sembilan rekod berkaitan dadah. 

“Pemeriksaan lanjut menemui sepucuk pistol jenis Glock 26 Gen 4 Austria 9x9, 34 butir peluru hidup bertulis A Auto 380 Auto, serta dua butir peluru hidup bertulis PAC 380 Auto,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yusoff berkata ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif methamphetamine dan kini direman empat hari hingga 10 Sept bagi siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, ” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan