IPOH, 5 Sept (Bernama) -- Seorang lelaki dikhuatiri lemas apabila tidak pulang ke rumah selepas memaklumkan ingin mandi di Sungai Baru Labu, Bota Kiri dekat Seri Iskandar, Rabu lepas.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada 5.46 pagi tadi.
Mangsa Muhammad Nurman Mohd Nor, 27, dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak 2 petang Rabu, selepas memasukkan lembu ke kandang.
“Mangsa memberitahu ingin mandi sungai kepada bapanya, namun hanya baju ditemukan di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Shazlean berkata operasi mencari dan menyelamat oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar melibatkan jarak sejauh tiga kilometer dari Jeti Jabatan Pengairan dan Saliran Teluk Sena menghala lokasi mangsa hilang di Kampung Baru Lambor Kiri.
Operasi turut melibatkan polis dan persatuan nelayan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial