JENAYAH & MAHKAMAH

Malam Himpunan Dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza Berlangsung Aman - Polis

25/08/2025 12:11 AM

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza sempena Karnival Sumud Nusantara di Dataran Merdeka di sini, malam ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata seramai 180 anggota dan pegawai polis ditugaskan mengawal keselamatan orang ramai yang menghadiri program itu.

"Setakat ini tiada laporan polis berhubung apa-apa insiden diterima, dianggarkan seramai 20,000 orang hadir ke program malam ini," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke program berkenaan yang menandakan acara kemuncak Karnival Sumud Nusantara 2025.

Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Ketua Pengarah Sumud Nusantara merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman. 

Anwar semasa berucap di program itu turut mengumumkan peruntukan tambahan RM100 juta bagi membantu rakyat Palestin di Gaza yang menghadapi krisis kemanusiaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan