JENAYAH & MAHKAMAH

Eksesais Satria Perkasa Uji Keupayaan 9 Briged

24/08/2025 07:59 PM

KUCHING, 24 Ogos (Bernama) -- Eksesais Satria Perkasa 2025 yang bertujuan menguji tahap kompetensi pemerintah dan staf formasi Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Briged) berlangsung selama 14 hari mulai 11 Ogos lepas hingga hari ini di sekitar Betong, Lubok Antu dan Batang Ai di Sarawak. 

Dalam satu kenyataan media, Sel Risik Markas 9 Briged memaklumkan eksesais berkonsepkan Field Training Exercise (FTX) itu merupakan kesinambungan daripada Eksesais Satria Gagah (Command Post Exercise) yang diadakan pada awal bulan ini.

Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) Mej Jen Datuk Khairul Anuar Abd Aziz berkata eksesais itu adalah “termometer” bagi pegawai memerintah dan pemerintah dalam menyukat tahap latihan, kelebihan, kekurangan serta penguasaan pengetahuan anggota masing-masing.

“Eksesais seperti ini perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk menggilap kompetensi anggota serta diperkasakan dengan tindakan penambahbaikan bagi memperkemas latihan dan pengurusan pasukan, seterusnya mengekalkan kredibiliti dan kesiagaan Tentera Darat,” katanya ketika menyempurnakan penutupan eksesais itu hari ini.

Beliau berkata eksesais berkenaan juga menjadi platform untuk menguji dan meningkatkan keupayaan 9 Briged dalam aspek operasi tempur, pentadbiran dan logistik bagi menghadapi sebarang ancaman.

Pada masa sama, beliau berkata eksesais itu turut menilai keberkesanan unit tempur serta elemen di bawah naungan 1 Div dan 9 Briged.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan