DUNIA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

21/08/2025 08:14 PM

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini menjelang simposium Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) di Jackson Hole, berikutan peniaga menunggu petunjuk dasar monetari AS esok.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 meningkat kepada US$3,339.10 setiap auns troy daripada US$3,324.90 pada Rabu.

Kontrak September 2025 menokok kepada US$3,344.50 setiap auns troy daripada US$3,330.30 ketika ditutup semalam, Oktober 2025 mengukuh kepada US$3,374.00 setiap auns troy daripada US$3,359.80 pada Rabu, dan November 2025 naik kepada US$3,390.80 setiap auns troy daripada US$3,376.60.

Sementara itu, kontrak Disember 2025, Februari 2026 dan April 2026 masing-masing ditutup tinggi pada US$3,410.60 setiap auns troy berbanding US$3,396.30 pada Rabu.

Jumlah dagangan susut kepada tujuh lot daripada 15 lot semalam, manakala kepentingan terbuka turun kepada 45 kontrak daripada 51 kontrak sebelum itu.

Emas fizikal berharga US$3,334.45 setiap auns troy berdasarkan penetapan di London Bullion Market Association pada 20 Ogos.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan