Lelaki Dipenjara Lima Tahun, Satu Sebatan Kerana Miliki Kerambit

05/01/2026 05:04 PM

KOTA BHARU, 5 Jan (Bernama) -- Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dengan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memiliki senjata berbahaya tanpa kebenaran.

Hakim Nik Habri Mohamad menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Nazrulhisam Mohd Nordin, 44, kerana memiliki sebilah kerambit berhulu berwarna coklat berukuran 12 sentimeter di tepi Jalan Kampung Telong, Bachok, pada 5.20 petang 29 Dis tahun lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Syafiqah Mohamad memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran kepadanya.

Mohd Nazrulhisam yang tidak diwakili peguam itu merayu hukuman ringan kerana dia perlu menjaga tiga anak yang masih bersekolah serta masih tinggal bersama ibu bapa.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan