Kertas Siasatan Kes Salah Laku Seksual Pelajar Tingkatan Lima Dirujuk Kepada DPP

15/10/2025 02:10 PM

JASIN, 15 Okt (Bernama) -- Kertas siasatan berhubung kes salah laku seksual melibatkan empat pelajar lelaki tingkatan lima terhadap seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata keputusan sama ada kesemua pelajar berkenaan akan dituduh minggu ini dijangka diketahui hari ini.

"Siasatan kes telah dilengkapkan dan polis kini menunggu arahan lanjut daripada pihak DPP,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin di sini hari ini.

Pada 11 Okt lepas, akhbar melaporkan empat pelajar lelaki berusia 17 tahun yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan telah direman bagi membantu siasatan selepas disyaki terlibat kes salah laku seksual di sebuah sekolah di negeri itu.

Kesemua suspek direman enam hari bermula 11 hingga 16 Okt dan kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan