Remaja Perempuan Hilang Di Ketereh Ditemui - Polis

14/10/2025 09:13 PM

KOTA BHARU, 14 Okt (Bernama) -- Remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 8 Okt lepas yang dikenali sebagai Mimi Nursyafiqah Mohd Shafirun Azam, 17, ditemukan dalam keadaan selamat semalam.

 Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud berkata pihaknya menerima maklumat itu daripada ahli keluarga gadis berkenaan pada 10.12 malam semalam.

"IPD Kota Bharu menerima makluman daripada ahli keluarga bahawa remaja terbabit telah ditemui semula dan dalam keadaan baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 Remaja perempuan itu dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Laka, Ketereh, di sini.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan