Warga Myanmar Didakwa Bunuh Rakan Senegara Di Seremban

10/10/2025 02:16 PM

SEREMBAN, 10 Okt (Bernama) -- Seorang lelaki warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya di sebuah bengkel, minggu lepas.

Tha Hnin Sang, 19, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Farha Sulaiman, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Cung Tha Lian, 25, di sebuah bengkel di Jalan Lingkaran Tengah, Seremban, antara 8.46 malam hingga 11.41 malam pada 3 Okt lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah disebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Nur’ Aqilah Syarfa Nik Zaidi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 10 Dis ini untuk sebutan semula kes.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan