SEPANG, 8 Okt (Bernama) -- Seramai 13 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Captain Praba’.
Mereka ialah M. Lavindran, 27, M. Meganathan, 37, M. Tinesh, 20, K. Utayaragu, 29, M. Thinesh, 31, S. Jeevan, 19, J. Sangaranarayanan, 28, P. Joshua, 35, M. Devindran, 25, M. Nokarju, 29, S. Tivagaran, 22, S. Logeswaran, 26, dan D. Vijayakumar, 36.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Tamil di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Ladang Kelapa Sawit, Jalan Mahang, Kampung Sungai Jarom, Jenjarom, Kuala Langat antara Disember 2023 hingga 11 Sept 2025 mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustafa P. Kunyalam.
Mahkamah tidak membenarkan sebarang ikat jamin dan menetapkan 10 Nov ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial