Empat Wanita Warga Asing Ditahan Di Hotel Bajet Tawar Khidmat Seks - Imigresen

02/10/2025 04:30 PM

JOHOR BAHRU, 2 Okt (Bernama) -- Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor menahan empat wanita warga asing di sebuah hotel bajet yang menawarkan khidmat seks melalui aplikasi Telegram di kawasan Kebun Teh di sini petang kelmarin.

Pengarah Imigresen Johor Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata operasi itu, yang bermula pada 4 petang, dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Penguatkuasaan negeri hasil risikan serta maklumat awam.

"Pemeriksaan mendapati tiga wanita warga Laos dan seorang wanita warga Filipina berusia lingkungan 20 hingga 39 tahun ditahan, dengan seorang daripada mereka dipercayai bertindak sebagai penjaga premis," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, dan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan lanjut.

Mohd Rusdi berkata saman turut dikeluarkan kepada pengendali hotel bagi membantu siasatan.

Beliau berkata pihaknya akan terus melaksanakan operasi bagi membanteras aktiviti jenayah terancang termasuk pelacuran serta pemerdagangan manusia, dan orang ramai diminta menyalurkan maklumat sekiranya mengesyaki sebarang kegiatan mencurigakan di kawasan mereka.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan