FB Sekat Audio Tular Kerana Langgar Dasar Piawai Kandungan Platform - MCMC

25/07/2025 08:30 PM

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Audio tular yang didakwa dirakam semasa mesyuarat dalaman telah disekat oleh Facebook (Meta) susulan pelanggaran dasar kandungan platfrom itu, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menerusi kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan tindakan itu dibuat sepenuhnya berdasarkan pelanggaran garis panduan komuniti dan piawaian kandungan platform tersebut.

Menurut MCMC, tindakan pemantauan dan siasatan dijalankan berdasarkan aduan yang diterima daripada orang ramai.

“MCMC memandang serius perbuatan memuat naik atau berkongsi audio dan video tanpa kebenaran, khususnya apabila kandungan tersebut berpotensi melanggar privasi dan menyebarkan maklumat yang mengelirukan, berunsur jelik atau menimbulkan kegusaran kepada individu terlibat.

“MCMC ingin mengingatkan semua pihak supaya lebih berhati-hati dalam berkongsi kandungan di platform digital,” menurut kenyataan itu.

MCMC memaklumkan sebarang penyebaran maklumat yang tidak sah atau berunsur provokasi boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang sedia ada termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan