Kanak-kanak Lelaki 11 Tahun Cedera Dipercayai Dipukul Bapa

29/06/2025 08:12 PM

MELAKA, 29 Jun (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera di kepala serta lebam pada tangan kiri dipercayai dipukul bapanya di sebuah rumah di Taman Cheng Baru di sini pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata ibu mangsa berusia 38 tahun telah membuat laporan di Balai Polis Tanjung Minyak pada 9.11 malam tadi.

"Pengadu yang juga seorang guru tuisyen memaklumkan pada hari kejadian kira-kira 10.30 malam dia pulang ke rumah dan mendapati kepala anaknya telah berbalut.

"Suaminya mengatakan dia memukul mangsa kerana kanak-kanak itu didakwa berbohong," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Christopher berkata ibu mangsa bertindak membuat laporan polis untuk melindungi keselamatan anaknya dan bagi merujuk perkara itu kepada pihak berkuasa berkaitan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan