BINTULU, 27 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki dan wanita cedera dalam kebakaran membabitkan sembilan rumah di Jalan Tatau-Sangan di sini tengah malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian membabitkan deretan rumah kayu tidak kekal itu pada 12.56 tengah malam.
“Mangsa lelaki iaitu Lim Choong Xian berusia 26 tahun melecur pada tangan kiri hingga ke belakang badan, manakala wanita, Angela Shukin Ugak, 27, melecur pada bahagian tangan kiri,” menurut PGO JBPM Sarawak dalam kenyataan hari ini.
Operasi pemadaman diketuai Komander Operasi merangkap Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tatau, PBT II Heiruddin Ealhi dengan melibatkan 11 anggota bersama tiga jentera iaitu sebuah Light Fire Rescue Tender (LFRT), sebuah lori tiga tan dan sebuah Hilux.
Menurut kenyataan itu, selain sembilan rumah musnah 100 peratus, kebakaran turut memusnahkan tiga motosikal dan 10 kenderaan berhampiran.
Operasi tamat sepenuhnya pada 8.20 pagi ini manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial