KUCHING, 27 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran sebuah rumah teres di Lawas, bandar paling utara Sarawak, awal pagi tadi.
Mayat Dudol Karim, 89, ditemukan dalam runtuhan rumah separuh kekal yang terbakar 100 peratus itu pada 6 pagi.
Laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menyatakan dua lagi penghuni rumah berkenaan Gairil Mustafa, 32, dan Nursyamioy Drahman, 31, selamat dalam insiden itu.
Menurut laporan itu sebuah jentera bomba dengan kekuatan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lawas bergegas ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.18 pagi.
Api berjaya dikawal pada 4.30 pagi sebelum operasi pemadaman tamat pada 6 pagi, dan mayat warga emas itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial