Imigresen Serbu Tiga Kilang Gaji Warga Asing Tanpa Izin

28/05/2025 07:13 PM

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Dua kilang barangan lusuh dan satu kilang percetakan didapati menggaji pendatang asing tanpa izin dalam serbuan oleh Jabatan Imigresen Malaysia di sekitar Jalan Kuchai Lama dan Jalan Chan Sow Lin di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Imigresen Kuala Lumpur Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata menerusi Op Mahir bermula 10 pagi itu seramai 352 individu diperiksa melibatkan 283 lelaki dan 69 wanita.

Beliau berkata hasil pemeriksaan awal 26 warga asing ditahan kerana bekerja secara haram membabitkan warga Bangladesh, Nepal, India, Myanmar dan Nigeria. 

“Kesemua yang ditahan berusia 28 hingga 50 tahun telah dibawa ke Depot Imigresen Kuala Lumpur untuk proses dokumentasi dan tindakan lanjut.

“Dua lelaki tempatan yang bertindak sebagai majikan turut ditahan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1963,” katanya kepada pemberita selepas operasi.

Mohammed Saupee berkata empat saman dikeluarkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Sekyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan