DUNIA > BERITA

Peta Interaktif Dilancar Jadi Panduan Jemaah Di Masjidil Haram

02/06/2025 10:40 PM

MINA (Arab Saudi), 2 Jun (Bernama-SPA) -- Arab Saudi memperkenalkan peta interaktif pelbagai bahasa di Masjidil Haram bagi membantu jemaah haji mengakses perkhidmatan penting sepanjang musim haji, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Peta yang dilancarkan oleh Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi membolehkan pengguna mengesan kemudahan penting seperti stesen air zamzam, pejabat hilang dan jumpa, pusat bantuan serta perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Arab Saudi untuk memanfaatkan teknologi moden dalam memudahkan pelaksanaan ibadah dan meningkatkan pengalaman keseluruhan jemaah.

-- BERNAMA-SPA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan