POLIS SAHKAN EMPAT MAUT, EMPAT CEDERA PARAH DALAM NAHAS DI JALAN KOTA BHARU-GUA MUSANG

27/04/2024 07:23 PM

KOTA BHARU, 27 April (Bernama) -- Polis mengesahkan empat maut dan empat cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kota Bharu-Gua Musang, Kampung Pahi awal pagi tadi.

Tiga maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di zon merah Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai pada 1.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintenden Mazlan Mamat berkata siasatan awal mendapati insiden itu dipercayai berlaku selepas Toyota Hilux, yang dipandu lelaki berusia 37 tahun, bertembung Ford Ranger dipandu lelaki berusia 53 tahun, yang berada di laluan bertentangan.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis akan menjalankan siasatan secara terperinci.

"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohamad Amirul Izham Azian melalui talian 019-638 0098 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai menerusi talian 09- 966 6222," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan