POLIS CARI SAKSI KEMALANGAN MAUT DI BKE

05/05/2024 03:13 PM

BUKIT MERTAJAM, 5 Mei (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai yang menyaksikan kemalangan membabitkan seorang penunggang motosikal lelaki maut di Kilometer 13.9 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) di sini, semalam untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Helmi Aris berkata individu berkiatan boleh menyalurkan maklumat atau tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT atau mana-mana balai polis berdekatan.

"Dalam kemalangan 11.50 pagi, remaja lelaki berusia 19 tahun yang menunggang motosikal dari arah Kulim, Kedah menghala Seberang Jaya telah bergesel dengan sebuah lori di laluan sama sehingga menyebabkan mangsa terbabas ke kiri jalan.

"Impak pergeselan itu menyebabkan remaja lelaki terpelanting terkena besi penghalang jalan sehingga mengalami kecederaan parah pada bahagian tangan dan kaki. Mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan