PASANGAN WARGA EMAS MAUT DALAM KEMALANGAN BABIT DUA KERETA

05/05/2024 08:51 PM

KOTA KINABALU, 5 Mei (Bernama) -- Sepasang suami isteri warga emas maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Lingkungan, Beaufort, tengah hari tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa Midin @ Maidin Sinja, 69, dan isterinya Jurai Imran, 65, meninggal dunia akibat tersepit dalam kereta Perodua Myvi dinaiki mereka.

Kenyataan itu turut memaklumkan JBPM Sabah menerima panggilan kecemasan pada 1.56 tengah hari dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort digegaskan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 21 kilometer.

"Kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Unser bertembung kereta Perodua Myvi. Terdapat empat mangsa tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

"Dua mangsa menaiki Perodua Myvi disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," menurut kenyataan itu.

Dua lagi mangsa masing-masing lelaki dan wanita berusia 69 dan 64 tahun menaiki Toyota Unser mengalami kecederaan dan telah diberikan rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke hospital.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan