BELANJAWAN 2025 > BERITA

Dialog Datuk Bandar Dunia Bincang Peluang Dan Cabaran Pentadbiran Bandar

14/10/2025 03:38 PM

DUNHUANG, 14 Okt (Bernama-CMG) -- Dialog Datuk Bandar Dunia 2025 membuka tirai di sini pada Isnin, disertai kira-kira 200 wakil dari 10 negara termasuk China, Itali, Rusia dan Amerika Syarikat (AS).

Bertemakan “A Symphony of Civilisations, Resonance in Harmony,” dialog antarabangsa itu menumpukan kepada isu-isu utama pentadbiran bandar budaya meliputi kelebihan sumber, perlindungan alam sekitar, pembangunan hijau, pembinaan bandar pintar dan lain-lain. 

Para peserta berpendapat, penganjuran dialog itu memainkan peranan penting dalam memperkukuh pertukaran dan komunikasi antara bandar, selain menyuntik dinamik baharu kepada kerjasama dalam bidang kebudayaan, ekologi dan pelancongan.

Sebagai satu daripada wadah kerjasama dan pertukaran di arena antarabangsa, Dialog Datuk Bandar Dunia berperanan meningkatkan rasa saling mempercayai dan saling mempelajari serta menggalakkan kerjasama global.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan