BELANJAWAN 2025 > BERITA

Canton Fair Edisi Ke-138 Membuka Tirai

15/10/2025 05:54 PM

GUANGZHOU, 15 Okt (Bernama-CMG) -- Pameran Import dan Eksport China atau “Canton Fair” edisi ke-138 membuka tirainya di sini, pada Rabu.

Untuk edisi kali ini, ruang pamerannya seluas 1.55 juta meter persegi, terdiri daripada 74,600 gerai, dan disertai 32,000 syarikat, sekali gus membaharui rekod penganjurannya.

Sebagai persiapan menyambut kemuncak ketibaan pengembara antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun Guangzhou telah membuka kesemua lorong pemeriksaan, antaranya enam lorong khas untuk pempamer Canton Fair.

Menurut anggaran jabatan pemeriksaan sempadan Baiyun, jumlah penumpang yang keluar masuk dijangka mencecah 52,000 orang sehari dari 13 Oktober hingga 6 November.

Selain itu, jabatan berkenaan juga telah menempatkan pegawai-pegawai yang pandai berbahasa Inggeris, Perancis, Thailand, Arab dan lain-lain untuk bertugas di barisan hadapan supaya memudahkan pengembara asing semasa Canton Fair.

Canton Fair ke-138 dijadual berlangsung di Guangzhou bermula 15 Oktober hingga 4 November dalam tiga fasa.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan