BELANJAWAN 2025 > BERITA

MPOB Anjur Hari Terbuka Sempena Ulang Tahun Ke-25

29/07/2025 02:53 PM

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan menganjurkan hari terbuka bersempena sambutan ulang tahun ke-25 pada 2 Ogos 2025 di ibu pejabat MPOB di Bangi, Selangor.

MPOB dalam satu kenyataan berkata acara itu akan diadakan secara serentak di tujuh lokasi, termasuk stesen penyelidikan MPOB di Kluang, Keratong, Bagan Datuk, Hulu Paka, Lahad Datu, Sessang dan pejabat wilayah MPOB Sabah di Kota Kinabalu.

“Hari terbuka MPOB bertemakan ‘Sawit Untuk Semua’ menggambarkan ekosistem industri sawit yang inklusif dan mampan yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Tema ini turut menekankan bahawa industri sawit adalah relevan kepada semua lapisan masyarakat, tanpa mengira usia, latar belakang atau status sosial, sekali gus membuktikan bahawa semua rakyat Malaysia boleh menikmati manfaatnya,” katanya.

Beliau berkata hari terbuka MPOB bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pencapaian terkini industri sawit, termasuk pencapaian dalam bidang penyelidikan, inovasi, perkhidmatan dan kejayaan MPOB sepanjang 25 tahun penubuhannya.

Katanya, hari terbuka tersebut menyasarkan penyertaan daripada semua peringkat masyarakat dengan pelbagai aktiviti yang disediakan, termasuk pameran inovasi MPOB, pemeriksaan kesihatan, acara sukan, permainan dan cabutan bertuah.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan