NEW YORK, 29 Julai (Bernama-WAM) -- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, menyambut baik perjanjian gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand, menyifatkannya sebagai langkah positif ke arah menamatkan permusuhan yang berterusan dan meredakan ketegangan, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Dalam kenyataan yang disampaikan oleh Farhan Haq, Timbalan Jurucakap Setiausaha Agung, Guterres menggesa kedua-dua negara agar mematuhi sepenuhnya perjanjian itu dan mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk menangani isu yang masih belum diselesaikan serta mencapai keamanan berkekalan.
Beliau turut menegaskan komitmen PBB untuk menyokong usaha ke arah memupuk keamanan dan kestabilan di rantau ini.
--BERNAMA-WAM
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial