PETALING JAYA, 24 Julai (Bernama) -- Ketua jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi mahu anak buahnya menikmati cabaran getir apabila menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi PIala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Johor, 8 Ogos ini.
Kinoshi mengakui pertembungan menentang JDT adalah permulaan paling sukar, namun menegaskan skuad Gergasi Merah perlu bersedia sepenuhnya bagi memberikan aksi terbaik.
"Untuk menikmati perlawanan ini, ia bermakna kami kena bersaing dan bekerja 100 peratus serta berjuang sepenuh hati.
“Jika musim lalu kita menjaringkan 45 gol dan bolos 16, musim ini kita perlu sasarkan 50 gol dan bolos yang lebih sedikit," katanya pada sidang media selepas majlis ulang tahun ketiga kerjasama strategik antara Selangor FC dan Daikin Malaysia di sini hari ini.“.
Turut hadir, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang juga Pengerusi Selangor FC.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial