KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat pengumuman mengenai penghargaan buat semua rakyat Malaysia pagi esok, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
“YAB Perdana Menteri akan membuat pengumuman berkenaan penghargaan buat semua rakyat Malaysia pada 10.30 pagi, Rabu 23 Julai 2025.
“Nantikan,” kata Fahmi secara ringkas di akaun Facebooknya.
Anwar ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya semalam berkata penghargaan luar biasa kepada rakyat itu, akan diumumkan pada hari ini atau esok (Rabu).
Sebelum ini, Perdana Menteri dalam hantaran di laman sosial Facebook memaklumkan akan membuat satu pengumuman besar sebagai penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia.
Bagaimanapun, tiada perincian dinyatakan mengenai bentuk pengumuman berkenaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial