BELANJAWAN 2025 > BERITA

Penjawat Awam Diingatkan Tidak Sertai Himpunan Di Ibu Negara - KSN

20/07/2025 07:17 PM

PUTRAJAYA, 20 Julai (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan penjawat awam untuk tidak menyertai acara himpunan yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada Sabtu ini. 

Beliau berkata tidak sewajarnya penjawat awam menyertai perhimpunan berkenaan kerana tindakan itu tidak sesuai dengan prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara yang terkandung dalam Rukun Negara.

“Mereka penjawat awam, mana boleh turun. Setiap hari, setiap minggu kita baca ikrar, iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara, lupakah? Taatlah kepada Raja dan Negara,” katanya. 

Shamsul Azri berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Sukan Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA Malaysia) di sini hari ini.

Media hari ini melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan antara 10,000 hingga 15,000 orang akan menyertai Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan pada 26 Julai.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata PDRM akan membantu memudah cara penganjuran itu di ibu negara.

Beliau memberi jaminan bahawa PDRM akan mengendalikan kawalan keselamatan semasa himpunan itu secara profesional, namun mengingatkan semua pihak agar mematuhi peruntukan undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan