Oleh Shakir Husain
NEW DELHI, 21 Julai (Bernama) -- Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan lebih 100 cedera selepas sebuah pesawat latihan Tentera Udara Bangladesh (BAF) terhempas di kawasan sekolah dan kolej di Dhaka pada Isnin.
Jet pejuang F-7 itu terhempas di kawasan Sekolah dan kampus Kolej Milestone di Uttara, Dhaka, sekitar 1.15 tengah hari.
Menurut laporan media tempatan, jumlah mangsa yang cedera melebihi 160 orang, kebanyakannya pelajar.
“Ini merupakan detik dukacita yang mendalam bagi negara,” kata Ketua Kerajaan Sementara Bangladesh, Muhammad Yunus.
Kerajaan telah mengisytiharkan hari berkabung pada Selasa.
Mangsa yang terkorban termasuk juruterbang dan ramai kanak-kanak.
Anggota daripada Tentera Darat Bangladesh, Jabatan Bomba dan Penyelamat Awam, Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB), dan polis dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mayat serta memadamkan kebakaran.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial