KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Tiga beregu campuran negara memulakan kempen di Terbuka Jepun 2025 dengan momentum kemenangan apabila melepasi halangan pertama di Gimnasium Metropolitan, Tokyo hari ini.
Gandingan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie mengambil masa 30 minit untuk mengetepikan lawan mereka dari Thailand Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat 21-15, 21-10.
Pasangan keenam dunia itu akan berdepan Mads Vestergaard-Christine Busch dari Denmark pada pusingan kedua, esok.
Gandingan keempat dunia Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga tidak mempunyai masalah melepasi halangan Kevin Lee-Josephine Wu dari Kanada dengan 21-15, 21-19 untuk melangkah ke peringkat seterusnya.
Turut melangkah ke pusingan kedua ialah pasangan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin yang terpaksa mengharungi pertarungan sengit sebelum menundukkan wakil Amerika Syarikat Presley Smith-Jennie Gain 21-19, 12-21, 21-16.
Pang Ron-Su Yin berdepan halangan sukar di pusingan kedua apabila dijadual berdepan pilihan kedua dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin.
Nasib berbeza buat gandingan Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien apabila tewas kepada Yuichi Shimogami-Sayaka Hobara dari Jepun 9-21, 8-21.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial