IPOH, 8 Jun (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak menganjurkan Majlis Korban Malaysia MADANI Sekampung di Kampung Padang Changkat, Bota Kanan melibatkan penyembelihan dua ekor lembu baka Brahman hari ini.
Ketua Pengarah JPV Dr Akma Ngah Hamid berkata program di Masjid Rahmaniah kampung itu bertujuan menyantuni penduduk setempat dan memberi peluang kepada mereka merasai nikmat serta kemeriahan sambutan Aidiladha.
“Program ini menjadi landasan terbaik bagi masyarakat di daerah ini untuk memelihara keharmonian dan memperkukuh perpaduan dalam komuniti, selaras dengan konsep Malaysia MADANI,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, program ibadah korban turut dilaksanakan serentak di dua kampung berhampiran iaitu Kampung Selat dan Kampung Baru.
Bagi musim ibadah korban tahun ini, Dr Akma berkata sebanyak 34,451 ekor lembu dan kerbau, serta 22,453 ekor kambing bebiri dibekalkan untuk seluruh negara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial