BELANJAWAN 2025 > BERITA

Syed Azmir Sedia Tanding Jawatan Presiden Atau Timbalan Presiden PSM

08/06/2025 10:46 PM

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) --  Presiden Persatuan Sepaktakraw Perlis (PSTPs) Syed Azmir Syed Ahmad menyatakan kesediaan untuk menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu, 29 Jun ini.

Bagaimanapun, pencalonan itu bergantung kepada keputusan penyandang jawatan Datuk Mohd Sumali Reduan, sama ada beliau akan mempertahankan kedudukan tersebut atau tidak.

Menurut kenyataan PSTPs hari ini, pihaknya yakin dengan kemampuan dan pengalaman Syed Azmir dalam arena sukan sepak takraw sejak hampir tiga dekad, menjadikannya calon yang layak mengisi jawatan nombor satu sekiranya ia dikosongkan.

"Syed Azmir aktif dalam pentadbiran sukan sejak 1995 dan menyertai PSM sejak 2006. Beliau kini menerajui PSTPs sebagai Presiden bagi penggal 2025 hingga 2027.

"Namun, jika Datuk Mohd Sumali mengesahkan untuk bertanding semula, Syed Azmir akan memberi laluan dan sebaliknya mempertimbangkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PSM," katanya.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa Syed Azmir yakin mampu membawa pembaharuan dan memperkukuh profesionalisme dalam pentadbiran PSM jika diberi mandat.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan