BELANJAWAN 2025 > BERITA

Aliran Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama Malam Ini

08/06/2025 08:57 PM

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang mulai perlahan setakat 8 malam ini, susulan pergerakan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti Aidiladha.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik dari arah utara ke Lembah Klang di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan perlahan di beberapa lokasi termasuk Alor Setar Selatan ke Sungai Petani, Bandar Cassia ke Taiping dan Sungai Perak ke Ipoh.

Turut dilaporkan perlahan dari Gopeng ke Sungkai dan Behrang menuju ke Rawang.

"Aliran trafik dari arah selatan di PLUS pula dilaporkan perlahan dari Pagoh ke Ayer Keroh dan kawasan Rehat dan Rawat  (R&R) Ayer Keroh ke Nilai," katanya kepada Bernama malam ini.

Bagi aliran trafik dari arah timur ke Lembah Klang di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dilaporkan perlahan di Lanchang ke Plaza Tol Karak, Karak ke Bukit Tinggi dan Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau saluran WhatsApp LLM Info Trafik serta laman X @llmtrafik.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan