DUNIA > BERITA

Trafik Dijangka Sesak Di Pusat Pemeriksaan Singapura Sempena Deepavali

13/10/2025 02:30 PM

SINGAPURA, 13 Okt (Bernama) -- Pengembara dijangka berdepan aliran trafik sesak di pusat pemeriksaan darat Woodlands dan Tuas di Singapura semasa cuti hujung minggu panjang sempena Deepavali dari 17 hingga 20 Okt.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata pengembara perlu menjangkakan tempoh menunggu lebih lama untuk melalui pemeriksaan imigresen berikutan musim cuti serta pemeriksaan yang diperketat bagi membanteras penyeludupan rokok elektronik (e-vaporises).

“Menghisap vape dan memiliki rokok elektronik adalah dilarang di Singapura. Sejak 1 Sept, individu yang didapati memiliki, menggunakan atau mengimport rokok elektronik akan berdepan hukuman lebih berat,” menurut kenyataan itu pada Isnin.

ICA memaklumkan lebih 5.8 juta pengembara telah melalui kedua-dua pusat pemeriksaan berkenaan sepanjang cuti sekolah pada September dari 5 hingga 15 Sept, dengan jumlah tertinggi dicatatkan pada 5 Sept apabila lebih 575,000 pengembara melalui pemeriksaan imigresen di pusat pemeriksaan darat dalam satu hari.

“Pengembara berkereta yang meninggalkan Singapura pada waktu puncak terpaksa menunggu sehingga tiga jam untuk melalui pemeriksaan imigresen,” katanya.

ICA menasihatkan pengembara supaya menyemak keadaan trafik di pusat pemeriksaan darat sebelum memulakan perjalanan serta mempertimbangkan penggunaan perkhidmatan bas rentas sempadan bagi mengelakkan kesesakan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan