NEW YORK, 7 Okt (Bernama-CMG) -- China menyeru masyarakat antarabangsa menggembleng tenaga untuk memajukan usaha pemerkasaan kaum wanita.
Seruan itu dibuat Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Fu Cong dalam sesi debat terbuka Majlis Keselamatan PBB mengenai wanita, keamanan dan keselamatan pada Isnin.
Fu berkata komuniti antarabangsa perlu mengutamakan penyelesaian isu-isu panas secara politik dan mewujudkan persekitaran hidup yang aman damai untuk kaum wanita.
Beliau turut menekankan keperluan meningkatkan peruntukan sumber bagi menyediakan pendidikan berkualiti kepada wanita dan kanak-kanak perempuan, memperkasa literasi wanita dengan memanfaatkan teknologi digital serta memperkukuh sistem jaminan sosial untuk golongan berkenaan.
Pertukaran dan kerjasama dalam usaha pemerkasaan kaum wanita juga perlu dipergiat, katanya.
Menurut Fu, China akan menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Global di Beijing dengan tujuan menggalakkan perpaduan dan kerjasama antarabangsa serta membentuk sinergi untuk menghadapi cabaran, sekali gus menyuntik momentum baharu kepada usaha pemerkasaan kaum wanita di peringkat global.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial