BEIJING, 6 Okt (Bernama-CMG) -- Gala Pesta Kuih Bulan 2025 anjuran Kumpulan Media China (CMG) akan disiarkan untuk tontonan seluruh dunia tepat 8.00 malam ini.
Acara tahun ini diadakan di bandar Deyang, provinsi Sichuan di barat daya China dengan menggabungkan pelbagai elemen dan ciri-ciri tempatan.
Menyajikan pelbagai persembahan menarik yang memukau, gala berkenaan mengetengahkan tema sambutan perayaan iaitu perhimpunan keluarga dan keharmonian di bawah sinaran bulan purnama.
Yang lebih istimewa, gala itu akan membawa penonton meneroka Muzium Sanxingdui dengan ditemani robot humanoid untuk bersama-sama menghayati tamadun Shu purba.
Gala berkenaan akan disiarkan melalui pelbagai saluran televisyen dan platform media baharu CMG, serta media arus perdana di Amerika Syarikat (AS), Emiriah Arab Bersatu, Kenya, Colombia, Sri Lanka dan beberapa negara lain.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial