DUNIA > BERITA

Dialog Tamadun Negara SCO Dirasmikan Di Tianjin

24/07/2025 02:47 PM

TIANJIN, 24 Julai (Bernama-CMG) -- Dialog Tamadun Antara Negara-Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 secara rasmi membuka tirainya di Tianjin, utara China pada Rabu, menghimpunkan lebih 300 tokoh dari negara-negara anggota pertubuhan itu.

Dialog dianjurkan bersama Pejabat Penerangan Dewan Negara China, Kumpulan Komunikasi Antarabangsa China (CICG) dan Sekretariat SCO.

Pelbagai pengisian disusun sepanjang program termasuk forum, seminar, sesi menghayati warisan budaya tidak ketara serta pameran kaligrafi.  

Acara itu bertujuan menggalakkan pertukaran dan pembelajaran bersama antara tamadun, di samping memperkukuh persefahaman rakyat bagi membina komuniti berkongsi nasib SCO yang lebih erat.

Sempena dialog berkenaan, laporan bertajuk"Bersama Bina Komuniti Berkongsi Nasib dari Aspek Digital: Inisiatif China dan Masa Depan SCO"turut disiarkan.

Laporan berkenaan memperincikan nilai, asas serta pendekatan kerjasama antara China dan negara anggota SCO untuk mewujudkan komuniti berkongsi nasib dalam bidang digital, berdasarkan pengalaman dan praktikal semasa.

Negara-negara SCO terus komited menyumbang kepada pembentukan landskap pembangunan digital global yang lebih adil, inklusif dan mampan.

-- BERNAMA-CMG 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan