QINGDAO, 18 Julai (Bernama - CMG)-- Persidangan Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Tempatan China-Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) membuka tirai di sini, pada Jumaat.
Inisiatif Qingdao dilancarkan pada majlis perasmian persidangan, menumpukan enam aspek untuk menerokai inovasi dari segi sistem dan mekanisme, sekali gus menyuntik penggerak baharu bagi memacu kolaborasi ekonomi dan perdagangan antarabangsa.
Antaranya termasuk berganding bahu membina saluran logistik utama di peringkat antarabangsa, bersinergi membina rantaian perindustrian dan rantaian bekalan industri hijau dan pintar, menggalakkan penaiktarafan perdagangan serta pelaburan, dan lain-lain.
Turut dirasmikan pada persidangan itu ialah Ekspo Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa SCO 2025, yang menarik penyertaan hampir 400 perusahaan dari hampir 40 negara anggota, negara pemerhati dan negara rakan dialog SCO, serta Thailand, Singapura, Australia dan negara dan wilayah yang lain.
– BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial