DUNIA > BERITA

Putin Nafi Iran Minta Sokongan Ketenteraan Daripada Moscow

19/06/2025 02:45 PM

ISTANBUL, 19 Jun (Bernama-Anadolu) -- Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis menafikan bahawa Iran meminta sokongan ketenteraan daripada Moscow di sebalik ketegangan yang memuncak dengan Israel, sambil menolak tanggapan wujudnya pakatan ketenteraan antara kedua-dua negara, lapor Anadolu Ajansi. 

“Iran tidak meminta sebarang bantuan ketenteraan daripada kami. 

“Malah ketika kami pernah menawarkan kerjasama membangunkan sistem pertahanan udara sebelum ini, Iran menunjukkan minat yang sangat sedikit,” katanya semasa sesi pertemuan dengan ketua-ketua agensi berita antarabangsa di St. Petersburg. 

Putin turut menyatakan bahawa mencari jalan untuk menamatkan permusuhan antara Iran dan Israel adalah demi kepentingan semua pihak.

Beliau berkata beberapa pilihan telah diketengahkan untuk menangani kebimbangan kedua-dua pihak dan ia dikemukakan kepada rakan berkepentingan yang relevan.

Putin juga mengesahkan bahawa Rusia dan Iran telah menandatangani kontrak bagi pembinaan dua unit tambahan di Loji Kuasa Nuklear Bushehr.

“Kerja pembinaan sedang berjalan. Pakar-pakar kami berada di lokasi — lebih 200 orang,” katanya.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan