Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Waspada, Elak Sindiket Penipuan - Aminuddin

19/06/2025 08:37 PM

SEREMBAN, 19 Jun (Bernama) -- Rakyat Negeri Sembilan khususnya penjawat awam dan pesara dinasihatkan agar lebih berwaspada dan menggunakan kebijaksanaan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata hal itu susulan laporan peningkatan kes jenayah komersil di negeri ini yang merekodkan jumlah kerugian RM47.74 juta dalam tempoh Januari hingga Mei 2025 berbanding RM33.84 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata kes seperti itu bukan sahaja melibatkan warga emas atau pesara sahaja tetapi golongan muda juga terdedah dengan scammer atau penipu. 

"Scammer kini semakin licik, mereka menyasarkan semua peringkat umur tanpa mengira tua atau muda termasuk anak saya sendiri pernah menjadi mangsa penipuan berkaitan keahlian dan pelatih di sebuah gimnasium dengan tawaran palsu.

"Nasib baik anak saya sempat sedar, cuma rugi RM200 sahaja daripada RM2,000 yang ditawarkan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Pesara Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2024 di Palm Mall Hotel Seremban di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Zafir Ibrahim. 

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi berkaitan dalam membanteras kegiatan penipuan secara menyeluruh.

-- BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan