LONDON, 12 Jun (Bernama - CMG) – China dan Amerika Syarikat (AS) harus menyelesaikan persengketaan perdagangan menerusi dialog secara sama rata dan kerjasama yang saling memanfaatkan, kata Naib Perdana Menteri China He Lifeng.
Beliau membuat kenyataan itu semasa mesyuarat pertama mengenai mekanisme perundingan ekonomi dan perdagangan China-AS yang berlangsung di sini dari 9 hingga 10 Jun membabitkan perwakilan AS antaranya Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent, Setiausaha Perdagangan Howard Lutnick dan Wakil Perdagangan Jamieson Greer.
Sepanjang mesyuarat itu, kedua-dua pihak mengadakan perbincangan mendalam dan bertukar-tukar pandangan secara menyeluruh mengenai isu ekonomi dan perdagangan yang menjadi perhatian bersama.
China dan AS secara prinsip bersetuju melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara semasa perbualan telefon pada 5 Jun serta rangka tindakan untuk memantapkan hasil perbincangan di Geneva, sekali gus mencapai kemajuan baharu dalam menangani kebimbangan masing-masing membabitkan ekonomi dan perdagangan.
Tiada pemenang dalam perang dagang, kata He sambil berkata China enggan mencetuskan konflik tapi tidak gentar berdepan sebarang konflik.
Beliau turut menyeru dua negara supaya mengoptimumkan lagi mekanisme perundingan serta berusaha untuk memperkukuh kesepakatan, mengurangkan salah faham dan memperkasakan kerjasama.
– BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial