HANOI, 26 Mei (Bernama-Xinhua) -- Syarikat penerbangan tambang rendah Vietnam, Vietjet Air, pada Isnin menandatangani perjanjian baharu untuk membeli 20 lagi pesawat badan lebar Airbus A330-900, lapor Xinhua yang memetik media tempatan Thong tin Chinh phu (Maklumat Kerajaan).
Menurut media rasmi itu, pesawat berkenaan akan menyokong rancangan Vietjet untuk mengembangkan laluan berkapasiti tinggi di seluruh rantau Asia Pasifik serta memperkenalkan perkhidmatan jarak jauh ke Eropah.
Laporan itu turut menyebut perjanjian tersebut adalah sebahagian daripada kerjasama ekonomi yang lebih luas antara syarikat Vietnam dan Perancis sempena lawatan Presiden Perancis Emmanuel Macron.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial