Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

MBPP Keluar 17 Kompaun Kepada Individu Beri Makanan Kepada Burung Merpati, Gagak

05/06/2026 04:03 PM

GEORGE TOWN, 5 Jun (Bernama) -- Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengeluarkan 17 kompaun terhadap individu yang didapati memberikan makanan kepada burung merpati dan gagak sepanjang Mei lepas, dalam usaha membendung peningkatan populasi burung perosak di kawasan bandar.

MBPP dalam kenyataan hari ini memaklumkan, tindakan memberikan makanan kepada burung dikenal pasti sebagai antara faktor utama yang menyumbang kepada pertambahan populasi burung perosak seperti merpati dan gagak di kawasan dalam pulau.

"Kompaun tersebut dikeluarkan di bawah Seksyen 47(1)(g), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 terhadap individu yang ingkar mematuhi larangan berkenaan.

Ad Banner
Ad Banner

"Sepanjang Mei lepas, MBPP turut melaksanakan operasi kawalan secara berterusan yang menyaksikan 1,817 ekor burung merpati dan 2,607 ekor burung gagak dilupuskan, manakala 125 sarang burung gagak berjaya dimusnahkan bagi mengawal populasi spesies berkenaan daripada terus meningkat," menurut kenyataan itu.

MBPP juga memaklumkan akan terus mempergiat pelaksanaan operasi kawalan dan tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan persekitaran bandar yang bersih, selamat dan kondusif demi kesejahteraan seluruh warga Pulau Pinang.

MBPP turut mengingatkan orang ramai supaya tidak memberikan makanan kepada burung liar kerana tindakan itu boleh menyebabkan peningkatan populasi burung perosak serta menjejaskan kebersihan dan kesihatan awam.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan