Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

MPHTJ Tawar Diskaun Kompaun Sehingga 80 Peratus Sempena WRUR DUN Kesidang

07/06/2026 07:20 PM

MELAKA, 7 Jun (Bernama) -- Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menawarkan diskaun kompaun sehingga 80 peratus sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang dari hari ini hingga 13 Jun.

Yang Dipertua MPHTJ Datuk Sapiah Haron berkata tawaran itu melibatkan semua jenis kompaun kecuali kompaun kerja tanah, kompaun operasi, kompaun berstatus saman, tindakan mahkamah dan Dilepaskan Tanpa Dibebaskan (DNAA).

Beliau berkata orang ramai boleh membuat bayaran di lokasi yang ditetapkan, iaitu Madrasah Al-Jariah, Taman Melaka Baru 3 pada hari ini, Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Kesidang (8 hingga 12 Jun) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Merdeka (13 Jun).

Ad Banner
Ad Banner

“Tawaran diskaun itu diberikan bagi menggalakkan orang ramai menjelaskan kompaun seperti kompaun letak kereta di kaunter bergerak MPHTJ.

“Menerusi inisiatif tawaran kompaun di setiap WRUR di bawah pentadbiran MPHTJ, kita lihat sambutan orang ramai sangat menggalakkan,” katanya kepada pemberita di Madrasah Al-Jariah hari ini.

Sapiah berkata sempena Program WRUR, MPHTJ menganjurkan program gotong-royong perdana di Rumah Pangsa Taman Merdeka pada 13 Jun. 

Sementara itu, beliau berkata MPHTJ memperuntukkan RM40,000 sebulan bagi kerja pemotongan atau mencantas pokok dalam DUN itu bagi memastikan keindahan dan kebersihan kawasan serta landskap selain menjamin keselamatan penduduk.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan