Ad Banner
 AM > BERITA

60 Tahun Pacu Bumiputera, Peranan MARA Akan Terus Diperkasa - Ahmad Zahid

01/03/2026 03:21 PM

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Peranan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menyambut ulang tahun ke-60 hari ini, akan terus diperkasa bagi memastikan lebih ramai anak bangsa mampu melangkah lebih jauh dan berdiri sama tinggi di pentas dunia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi hantaran di Facebook sempena sambutan Hari MARA ke-60 hari ini, beliau berkata institusi yang ditubuhkan pada 1 Mac 1966 itu kekal kukuh dan relevan sebagai pemacu pembangunan bumiputera, selari dengan tuntutan zaman yang semakin mencabar dan kompetitif.

“Enam dekad kemudian, MARA berdiri sebagai institusi yang telah membuka jutaan peluang dalam melahirkan generasi profesional, usahawan, tenaga mahir dan pemimpin yang menyumbang kepada kemajuan negara.

Ad Banner
Ad Banner

“Di sebalik setiap kisah kejayaan, ada peranan MARA yang membina keyakinan, membentuk keupayaan dan membuka jalan kepada kehidupan yang lebih baik. MARA telah menjadi jambatan harapan, mengubah potensi menjadi pencapaian dan impian menjadi realiti,” katanya. 

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga MARA atas dedikasi dan khidmat mereka serta berharap agensi itu terus melangkah maju dalam membina legasi yang lebih besar dan menjadi simbol kekuatan dan masa depan bumiputera.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan