Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Kalendar Akademik 2026 Kembali Ke Januari - KPM

28/10/2025 03:26 PM

PUTRAJAYA, 28 Okt (Bernama) -- Kalendar Akademik Tahun 2026 bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan akan bermula pada 11 Januari hingga 31 Dis 2026 bagi negeri Kumpulan A dan 12 Jan hingga 31 Dis 2026 bagi negeri Kumpulan B, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan bahawa Kalendar Akademik Tahun 2026 boleh dimuat turun melalui portal rasmi kementerian di pautan https://www.moe.gov.my/surat-siaran-kpm-bil-3-tahun2025-kalendar-akademi.

Kumpulan A melibatkan di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu dan Kumpulan B adalah sekolah di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Ad Banner

“Kejayaan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada bulan Januari dilakukan secara berperingkat dan tertib serta tanpa menganggu pengoperasian institusi pendidikan. 

“Ia adalah hasil perancangan rapi dan komitmen tidak berbelah bahagi warga pendidikan di semua peringkat,” menurut kenyataan itu.

Kementerian juga telah menyelaras tarikh-tarikh bagi cuti perayaan sepanjang tempoh sesi persekolahan tahun 2026 yang melibatkan perayaan Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Pesta Kaamatan, Hari Gawai Dayak dan Krismas.

KPM memaklumkan usaha berkenaan mencerminkan tekad kementerian untuk terus mengutamakan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan