DUNIA > BERITA

Paus Leo XIV Gesa Peperangan Di Seluruh Dunia DiTamatkan, Seru Perdamaian Global

29/10/2025 07:24 PM

ROM, 29 Okt (Bernama-Anadolu) -- Paus Leo XIV pada Selasa menggesa agar peperangan di seluruh dunia ditamatkan, sambil menegaskan bahawa usaha mencapai keamanan merupakan tanggungjawab setiap pemimpin politik, lapor Anadolu Ajansi.

“Konflik wujud di mana sahaja ada kehidupan, tetapi kita tidak dapat mengurus mahupun menyelesaikannya melalui peperangan,” katanya pada majlis penutupan forum antara agama di Rom.

Beliau menggesa para pemimpin politik memulakan era perdamaian yang tulen dan berkekalan serta menyeru agar semua peperangan dihentikan serta-merta.

Ketua Gereja Roman Katolik itu berkata dunia sedang dahagakan keamanan dan memberi amaran bahawa manusia tidak seharusnya terbiasa hidup dalam keadaan peperangan.

Beliau menyifatkan usaha menamatkan peperangan sebagai tanggungjawab yang tidak boleh ditangguhkan di hadapan Tuhan dan menekankan bahawa keamanan mesti menjadi keutamaan utama dalam politik.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan