Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Program Berteras Pendidikan, Basmi Kemiskinan Tumpuan Belanjawan Selangor 2026

29/10/2025 12:34 AM

SHAH ALAM, 28 Okt (Bernama) -- Pelaksanaan program baharu berteraskan pendidikan dan pembasmian kemiskinan menjadi keutamaan dalam Belanjawan Selangor 2026.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata dua teras utama itu diberi penekanan bagi memastikan rakyat terus maju seiring pembangunan negeri.

Beliau berkata kerajaan negeri kini giat memuktamadkan intipati perancangan akhir menjelang pembentangan Belanjawan Selangor 2026 bagi memastikan dasar dan peruntukan yang akan diumumkan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

Ad Banner

“Ia bukan sekadar mengurus angka tetapi merangka masa depan dan memastikan setiap dasar serta peruntukan membawa manfaat sebenar kepada rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Amirudin berkata beliau telah mengadakan mesyuarat dengan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri serta ketua-ketua jabatan pada petang tadi, antara lain bagi memuktamadkan intipati perancangan negeri tahun hadapan.

Beliau berkata belanjawan itu dirangka dengan pendekatan menyeluruh, yang menekankan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan kebajikan rakyat.

“Insya-Allah, Belanjawan Selangor 2026 bakal membawa khabar gembira buat penjawat awam negeri dan seluruh rakyat Selangor,” katanya.

Pembentangan Belanjawan Selangor 2026 dijadualkan berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 14 Nov ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan