Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

MRSM Kuantan Catat 114 Kes Influenza, Benarkan Semua Pelajar Jalani PdPR

07/10/2025 09:35 PM

KUANTAN, 7 Okt (Bernama) -- Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan telah membenarkan semua pelajar untuk menjalani pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sehingga 22 Okt selepas terdapat penularan kes influenza dalam kalangan pelajar.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Ir Razali Kassim berkata sebanyak 114 kes dikesan sejak Ahad lepas, namun tiada pelajar yang dimasukkan ke hospital. 

“Punca jangkitan disyaki daripada pelajar yang pulang ke rumah semasa cuti sekolah dari 13 hingga 21 Sept lepas.

Ad Banner
Ad Banner

“Penularan jangkitan berlaku di sekolah dalam kalangan pelajar melalui aktiviti harian di asrama dan sekolah seperti solat berjemaah, makan di dewan makan dan sesi pembelajaran di dalam kelas,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata sebanyak 114 pelajar tingkatan empat sahaja dibenarkan berada sekolah bagi menduduki peperiksaan, dengan pemantauan daripada pihak sekolah dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuantan.

Razali berkata beberapa langkah kawalan diambil termasuk mengasingkan pelajar bergejala di rumah sehingga sembuh, menjalankan pengesanan kes secara harian serta menasihatkan pelajar dan kakitangan sekolah mendapatkan rawatan segera jika bergejala.

Ad Banner

“Siasatan lanjut masih diteruskan untuk memantau situasi dan memastikan wabak ini dapat dikawal sepenuhnya,” katanya. 

-- BERNAMA 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan