Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Hujan Lebat, Angin Kencang Sebabkan Siling Di Zon Hijau HTAA Bocor

07/10/2025 03:04 PM

KUANTAN, 7 Okt (Bernama) -- Insiden kebocoran air pada siling di kawasan menunggu Zon Hijau serta Asthma Bay, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), semalam berpunca daripada kemasukan air melalui celahan bumbung akibat hujan lebat dan angin kencang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Datuk Ir Razali Kassim berkata hasil semakan turut mendapati saluran paip air hujan tidak dapat menampung jumlah air terlalu banyak,    terutamanya apabila berlaku hujan lebat secara berterusan.

“Akibat kejadian itu, berlaku kebocoran di kawasan menunggu yang menjejaskan proses menunggu orang awam untuk mendapatkan rawatan pada waktu berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata, sebagai langkah awal, syarikat konsesi HTAA telah menggunakan tampalan ‘flashing tape’ bagi menutup celahan bumbung yang berpotensi dimasuki air, selain akan melaksanakan semakan serta pembaikan lanjut terhadap bumbung dan saluran paip berkenaan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

“Pada masa sama, pemeriksaan keseluruhan terhadap keselamatan pendawaian elektrik turut dilaksanakan bagi memastikan fasiliti berkenaan selamat. Pihak HTAA memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku,” katanya.

-- BERNAMA 

Ad Banner



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan